WANITA HAMIL TAK DEDAH ADA KONTAK DENGAN PESERTA TABLIGH, HOSPITAL DITUTUP 2 HARI.
WANITA HAMIL TAK DEDAH ADA KONTAK DENGAN PESERTA TABLIGH, HOSPITAL DITUTUP 2 HARI.

WANITA HAMIL TAK DEDAH ADA KONTAK DENGAN PESERTA TABLIGH, HOSPITAL DITUTUP 2 HARI.

Sebuah hospital di Kedah menggesa para pesakit untuk berterus-terang berkenaan sejarah kesihatan dan perjalanan mereka.

Ia selepas seorang wanita mengandung tidak berbuat demikian, dan disahkan positif Covid-19.

Perkara itu telah menyebabkan Hospital Pantai Laguna Merbok perlu ditutup dua hari – pada 22 dan 23 Mac – untuk menjalani proses disinfeksi dan pewasapan (fumigation).

“(Ia berkaitan) seorang wanita rakyat Malaysia berusia 30 tahun yang tidak mendedahkan butiran penuh ketika pemeriksaan kesihatan di hospital telah dimasukkan di wad untuk bersalin mengikut prosedur biasa.

“Bagaimanapun, pesakit difahamkan demam selepas bersalin.

“Setelah ditanya, (pihak hospital) mendapat maklum bahawa wanita berkenaan telah tinggal bersama ahli keluarga yang menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling Kuala Lumpur dan disahkan positif Covid-19,” kata hospital itu dalam kenyataan.

“Pihak hospital menggesa semua pelawat agar bertanggungjawab dan membantu dalam membendung penularan Covid-19. Ini termasuk menjaga kebersihan dan memberi butiran penuh ketika pemeriksaan kesihatan,” kata hospital itu lagi.

Difahamkan wanita itu kini mendapat rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Kedah.

Sementara itu, pihak pengurusan hospital terbabit telah melakukan proses disinfeksi di setiap kawasan yang dilalui peskit itu. Kontak rapat juga sedang dikesan.

“Kesemua staf yang telah menjadi kontak rapat dengan pesakit telah dikesan, dikuarantin dan (mereka) disahkan negatif Covid-19,” kata hospital itu lagi.

SUMBER : PANTAI HOSPITAL LAGUNA MERBOK.

(Visited 3 times, 1 visits today)

COMMENTS