Wanita Keadilan Selangor Komited Meneruskan Agenda Reformasi Dan Pertahankan Kerajaan Selangor.
Wanita Keadilan Selangor Komited Meneruskan Agenda Reformasi Dan Pertahankan Kerajaan Selangor.

Wanita Keadilan Selangor Komited Meneruskan Agenda Reformasi Dan Pertahankan Kerajaan Selangor.

Selangor – Wanita Keadilan Selangor mengambil maklum keputusan YB Dr. Daroyah Binti Alwi yang juga Ketua Wanita Keadilan Selangor meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) sebentar tadi.

Keputusan itu sudah pun dijangka lebih awal oleh Wanita Keadilan Selangor dan kami telah bersiap sedia untuk meneruskan agenda reformasi seterusnya mempertahankan kerajaan negeri Selangor.

Wanita Keadilan Selangor akan terus mara sebagai satu sayap bagi mendepani semua isu wanita dan mengangkat martabatnya selaras dengan semangat yang sama sejak era reformasi.

Pemimpin datang dan pergi namun matlamat tidak akan pernah goyang malah pimpinan sedia ada mempunyai kualiti dan kepimpinan yang teguh untuk terus memacu sayap ini kehadapan di bawah pentadbiran YB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim dan YAB Dato’ Seri Amiruddin bin Shari di peringkat Pusat dan juga Negeri.

Kami ADUN Wanita Keadilan Selangor dan Majlis Pimpinan Wanita Keadilan Negeri Selangor termasuk 18 Ketua Wanita Cabang di Selangor berikrar untuk terus kekal setia bersama Keadilan.

*YB JUWAIRIYA ZULKIFLI*
ADN BUKIT MELAWATI

*YB RODZIAH ISMAIL*
ADN BATU TIGA

*YB ROZANA ZAINAL ABIDIN*
ADN PERMATANG

*PN SANGETHA JAYAKUMAR*
TIMBALAN KETUA WANITA SELANGOR

*KETUA WANITA CABANG*

P.093 – Sungai Besar
P.094 – Hulu Selangor
P.095 – Tanjong Karang
P.096 – Kuala Selangor
P.097 – Selayang
P.100 – Pandan
P.101 – Hulu Langat
P.102 – Bangi
P.103 – Puchong
P.105 – Petaling Jaya
P.106 – Damansara
P.107 – Sungai Buloh
P.108 – Shah Alam
P.109 – Kapar
P.110 – Klang
P.111 – Kota Raja
P.112 – Kuala Langat
P.113 – Sepang

(Visited 2 times, 1 visits today)

COMMENTS