Waris 'buka mulut' isu nyanyi di majlis agama
Waris ‘buka mulut’ isu nyanyi di majlis agama

Waris ‘buka mulut’ isu nyanyi di majlis agama

Baru-baru ni, tular satu video seorang penyanyi rapper sedang menyanyi dalam majlis agama, Video itu mendapat kecaman dari netizen kerana didakwa ia didapati tidak sesuai. Namun, Waris dalam satu kenyataan terbaru di Instagram miliknya mendakwa bahawa ada cubaan daripada pihak tertentu untuk menjatuhkan nama baik beliau.

Menurut laporan dari The Vocket sebuah video berdurasi beberapa saat itu tular di mana Waris menyanyikan sebuah lagu di majlis agama. Video itu mendapat perhatian selepas kelihatan sekumpulan lelaki berkopiah seperti kurang senang dengan persembahan Waris.

“Guys, perang raih undi dah mula. Yang post video aku nyanyi kat masjid tu pun geng-geng mungkir janji yang upload. Video lama yang dipotong dari IGTV. Tahun lepas tr tapi tak jadi, tahun ini dia upload video sama lagi dan dia berjaya viral. Tujuan? Nak buat orang marah,” kata Waris di laman Instagram miliknya.

Waris juga meminta kepada pengikutnya di media sosial untuk berhati-hati dengan kumpulan yang mahu menjatuhkan beliau.

(Visited 56 times, 1 visits today)

COMMENTS