Wooi Yik rasa sunyi selepas Zii Jia keluar BAM
Wooi Yik rasa sunyi selepas Zii Jia keluar BAM

Wooi Yik rasa sunyi selepas Zii Jia keluar BAM

Pemain beregu lelaki terbaik dalam pasukan negara, Soh Wooi Yik, berasa sedih dan sunyi kerana rakan baiknya Lee Zii Jia memutuskan untuk meninggalkan Persekutuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menjadi pemain profesional.

Soh Wooi Yik berkata dia tidak akan dapat berjumpa rakan seperti Zii jia dalam Akademi Badminton Malaysia (ABM) selepas ini.

Kedua-duanya memasuki Sekolah Sukan Bukit Jalil bersama ketika berusia 13 tahun, dan mereka mempunyai hubungan yang sangat baik. Wooi Yik berusia 24 tahun pada bulan Februari, dan Zii Jia pada bulan Mac.

Soh Wooi Yik berada di ABM hari ini, apabila ditanya oleh media mengenai rakan baiknya Zii Jia.

“Saya mengenali Zii Jia sejak kecil, dan saya menganggap Zii Jia sebagai keluarga saya, kami sangat mengenali antara satu sama lain.”

“Zii Jia adalah kawan saya yang paling dipercayai. Kami berasa seperti keluarga.”

“Keluarga saya mungkin tidak mengenali saya seperti dia, dan kami menghabiskan lebih banyak masa bersama daripada keluarga kami sendiri.” 

“Dari kecil sampai dewasa, dia sudah tahu apa yang saya nak buat. Satu mata saja dia boleh tahu saya fikir apa.”

“Kadang-kadang saya pun makan sendiri. Tapi tak macam dulu la, boleh share happy punya things, sad punya things boleh share sama.”

“Hati saya memang susah nak accept untuk tinggalkan dia. Tapi sebab ini career dia, so saya tetap hormat decision dia.”

Wooi Yik menegaskan Zi Jia mahu menjadi seorang pekerja bebas atas sebab tertentu dan bukannya kerana wang semata-mata.

(Visited 55 times, 1 visits today)

COMMENTS