Yang Dipertua Sabah, Tun Juhar Mahiruddin setuju bubar DUN Sabah – Shafie

Yang Dipertua Sabah, Tun Juhar Mahiruddin setuju bubar DUN Sabah – Shafie

KOTA KINABALU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubarkan berkuat kuasa hari ini.

Pembubaran itu diumumkan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dalam sidang akhbar khas pagi ini.

Beliau berkata, pembubaran itu telah dipersetujui Yang Dipertua Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

“Saya telah berjumpa dengan Tun pagi ini dan atas kuasa Tun mengikut Perlembagaan Sabah beliau bersetuju,” katanya.

Keputusan pembubaran itu berjaya menggagalkan cubaan rampasan kuasa oleh bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman yang mendakwa memiliki majoriti mudah.

Semalam, Musa dalam sidang akhbar mendakwa beliau mendapat sokongan majoriti dan akan menubuhkan kerajaan bersama gabungan baharu.

Pilihan raya negeri yang akan ditentukan tarikhnya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas ini melibatkan 73 kerusi DUN berbanding 60 kerusi pada 2018.

Berita penuh : Borneo Today

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )