YB DATO’ IR PHAHROLRAZI ZAWAWI KETUA PEMBANGKANG DUN KEDAH YANG BARU

YB DATO’ IR PHAHROLRAZI ZAWAWI KETUA PEMBANGKANG DUN KEDAH YANG BARU

ALOR SETAR – Pengerusi Amanah Negeri Kedah, YB Dato’ Ir Phahrolrazi Zawawi hari ini diumumkan sebagai Ketua Pembangkang DUN Kedah yang baru. Perkara itu dinyatakan oleh Pengerusi PH Kedah, Dato’ Johari bin Abdul dalam sidang media di Pejabat Amanah Kedah di Stargate, Alor Setar petang ini.

“Kita bersetuju untuk menamakan Dato’ Ir Phahrolrazi Zawawi, Adun Alor Mengkudu sebagai ketua pembangkang Pakatan Harapan di Dewan Undangan Negeri Kedah. Jadi beliau akan memainkan peranan penting di sidang dewan, walaupun saya sebagai Pengerusi PH (Kedah), saya akan menumpukan tugas di parlimen yang sedang bersidang sekarang,” ujar beliau lagi.

Sementara itu, Dato’ Ir Phahrolrazi dalam sidang media yang sama menyatakan bahawa PH Kedah akan diperkukuhkan untuk menghadapi pilihanraya akan datang yang dijangka akan diadakan pada bila-bila masa.

“Hari ini kita mulakan gerak kerja selepas Covid19 (Perintah Kawalan Pergerakan) ekoran pilihan raya mungkin akan berlaku lebih awal memandangkan kerajaan hari ini adalah kerajaan yang tidak begitu stabil. Kita akan memastikan bahawa ketiga-tiga parti ini bersedia untuk menghadapi pilihanraya dan menggerakkan seluruh jentera sehingga ke peringkat PDM dan turun bertemu dengan rakyat.”

Pakatan Harapan Kedah hari ini mengadakan Taklimat Khas Penubuhan Dan Pelancaran Jawatankuasa Pakatan Harapan Peringkat Parlimen di Kedah.

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )