"Zaman Pakatan Harapan tiada kelulusan konsesi balak"- Mukhriz Mahathir.
“Zaman Pakatan Harapan tiada kelulusan konsesi balak”- Mukhriz Mahathir.

“Zaman Pakatan Harapan tiada kelulusan konsesi balak”- Mukhriz Mahathir.

Alor Setar – Zaman Pakatan Harapan, tiada kelulusan baharu yang dikeluarkan oleh Kerajaan negeri untuk syarikat pembalakkan.

Mantan Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Utama Mukhriz Mahathir berkata tiada satu pun kelulusan yang diluluskan ketika Pakatan Harapan menjadi kerajaan.

“Pada zaman saya menjadi Menteri Besar Kedah, tiada kelulusan yang diluluskan untuk konsesi balak. Tetapi bila kerajaan Perikatan Nasional mengambil alih kedah, tidak sampai beberapa hari keluar kenyataan bahawa ada pampasan yang ditinggalkan kerajaan pakatan harapan sebanyak RM 1 Billion.”

” Malah angka tu berubah menjadi 1.5 Billion, dan saya telah menafikan bahawa kerajaan pakatan harapan terdahulu ada meninggalkan pampasan sebegitu.”

” Semua lesen konsesi penebangan balak yang ada sekarang diluluskan oleh kerajaan terdahulu sebelum 2018. Tiada satu pun konsesi balak di luluskan sepanjang dua tahun pemerintahan Pakatan Harapan.”

“Malah apabila saya menjadi Menteri Besar Kedah, saya membuat perubahan dengan meluasakan kawasan tadahan air di hutan simpan ulu muda yang menjadi sumber air bersih kepada bekalan air domestik, pertanian dan industri. Malah kawasan tadahan air kita membekalkan sumber air kepada 3 negeri yang berdekatan.”

“Keluasan hutan simpan ulu muda adalah 123855 ekar, satu kawasan yang begitu luas, dan kawasan ini adalah menjadi sektor penting bagi negeri Kedah khususnya dari segi pembekalan air bersih kepada rakyat sekitar dan pemeliharaan ekosistem di hutan tersebut.”

Mukhriz berkata lagi, ” Hutan simpan ulu muda adalah satu kawasan yang bernilai, ada pelbagai habitat yang ada di situ, malah ianya boleh dijadikan tempat perlancongan di negeri kedah, dan sebab itu apabila saya menjadi Menteri Besar Kedah saya memberhentikan aktiviti pembalakkan di kawasan tersebut.”

” Dan masa saya mempengerusikan mesyuarat hasil bumi, saya telah membuat keputusan yang sama dan di dalam mesyuarat exco negeri pun saya bercakap perkara yang sama, jadi tak timbul isu mengenai pampasan dari syarikat balak pada hari ini kerana keputusan dan dibuat sewaktu pakatan harapan memerintah kedah.”

” Negeri Kedah bukan tak dak duit, Kerajaan Pusat semasa pentadbiran Tun Mahathir telah memberikan geran one/off kepada negeri kedah sebanyak RM 200 Juta untuk pentadbiran dan pembangunan di negeri Kedah.”

” Jadi tak timbul isu Kedah tiada duit, duit yang diberikan masih ada lagi banyak, buat apa kerajaan nak tebang balak , baru memerintah dan bercakap soal isu balak, hutan simpan yang ada tidak perlu diusik.”

” Hutan simpan ulu muda adalah khazanah yang cukup berharga dan saya berharap agar kerajaan yang ada sekarang ini tidak memusnahkan alam flora yang indah ini dan memelihara kelestarian hutan simpan ini supaya ianya dapat menjadi tarikan perlancong untuk datang ke negeri jelapang padi ini “, katanya dalam sesi soal jawab yang dipengerusikan oleh Dato’ Dr Ismail Salleh dalam segmen ” Mukhriz Menjawab Sanusi” baru – baru ini.

(Visited 6 times, 1 visits today)

COMMENTS