Zaquan TEGUR peminat 'troll' samakan Aidil dengan Maguire
Zaquan TEGUR peminat ‘troll’ samakan Aidil dengan Maguire

Zaquan TEGUR peminat ‘troll’ samakan Aidil dengan Maguire

Ibarat cubit paha kanan, paha kiri pun terasa juga. Itulah mungkin cara terbaik untuk menjelaskan reaksi penyerang Negeri Sembilan, Zaquan Adha apabila kembarnya Aidil Zafuan menjadi mangsa cemuhan keterlaluan penyokong segelintir bola sepak tempatan.

Selepas perlawanan menentang Singapura yang berakhir dengan kekalahan 2-1 kepada pasukan negara, ramai penyokong menyalahkan bek tengah dan kapten pasukan, Aidil Zafuan yang gagal membendung asakan penyerang lawan.

Aidil didakwa jadi punca

Aidil diturunkan dalam perlawanan tersebut untuk digandingkan bersama Shahrul Saad, menggantikan Khuzaimi Piee yang menyerlah dalam aksi pertama berdepan Filipina.

Kedua-dua gol jaringan Ikhsan Fandi dalam perlawanan tersebut didakwa berpunca daripada kesilapan Aidil Zafuan.

Pemain pertahanan itu dikatakan hanya melihat tanpa melakukan apa-apa seperti mengawal pemain lawan mahupun cuba mengasak pemain itu untuk merampas bola sehingga menyebabkan pasukan negara mudah dihukum Singapura.

Sokongan Zaquan

Apa pun yang dikatakan oleh peminat mengenai persembahan Aidil, perkara itu disifatkan seperti lumrah oleh kembarnya Zaquan.

Bagaimana pun Zaquan juga seperti sedikit terkilan dengan keterlaluan tindakan segelintir tempatan yang ‘over’ apabila mencemuh pemain sehingga sanggup yang melakukan kerja ‘edit’ wajah pemain.

“Life as a footballer [kehidupan seorang pemain bola sepak]… bila menang semua indah kata-kata, bila kalah siap sanggup edit muka,” tulis Zaquan melalui satu muat naik di Instagram peribadinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by zaquan adha (@zaqone_08)

Kenyataan tersebut dimuatnaik bersama satu tangkap layar daripada akaun Instagram [comrademalaya.co] yang turut mengkritik tindakan penyokong yang agak keterlaluan kerana sanggup mengubah (edit) wajah Aidil menyamai wajah kapten Manchester United, Harry Maguire.

Bagi mereka yang tidak mengikuti perkembangan Liga Inggeris, Harry Maguire yang merupakan pemain antarabangsa England sentiasa dikritik kerana sering melakukan kesilapan mudah sehingga mengundang padah kepada Manchester United.

Merupakan pemain pertahanan termahal dunia ketika dibawa masuk ke Old Trafford, bekas pemain Leicester City itu kini dikhabarkan akan dilelong oleh kelabnya kepada mana-mana pembida yang berminat.

Aidil seperti Maguire?

Sebenarnya ia agak keterlaluan untuk menyamakan Aidil seperti Maguire. Jelas niat penyokong adalah untuk melakukan ‘troll’ apabila mengubah wajak Aidil kepada Maguire.

Bagaimana pun tindakan tersebut boleh dianggap agak keterlaluan dan seolah-olah jasa dan pengorbanan beliau selama ini tidak dihargai.

Aidil bakal mencecah usia 35 tahun pada tahun ini. Tidak dinafikan sedikit sebanyak ia telah memperlahankan permainan beliau.

Tetapi tidak ada siapa pun yang mengatakan Aidil akan kekal bermain untuk pasukan negara buat selamanya. Bagaimana pun untuk menukar pemain secara terus dan drastik juga tidak akan membantu pasukan negara.

Sama ada ia adalah era Kim Pan-gon atau jurulatih mana sekali pun, mana-mana jurulatih pasti mahukan transisi yang tidak akan menjejaskan pasukan. Apatah lagi pemain seperti Aidil kaya dengan pengalaman yang mampu dikongsikan dengan pemain muda.-SemuanyaBola

Baca Juga :

Marc Vales tak sabar nak perkukuh benteng KDA FC

TMJ suruh tengok ‘replay’ balik salah siapa? pemain malaysia ‘diayamkan’

(Visited 87 times, 1 visits today)

COMMENTS