Zul Ariffin akhirnya buka mulut isu adegan lucah, dedah cerita sebenar
Zul Ariffin akhirnya buka mulut isu adegan lucah, dedah cerita sebenar

Zul Ariffin akhirnya buka mulut isu adegan lucah, dedah cerita sebenar

Kecoh isu adegan panas yang mengghairahkan antara pelakon terkenal tanah air, Zul Ariffin dengan pelakon wanita baru Siti Hariesa diperdebatkan di media sosial sejak ianya muncul gara-gara dimuat naik sendiri oleh Zul di laman sosial miliknya.

Terkesan dari kontroversi yang melanda, Zul mengambil sikap berdiam diri sebelum ini kerana sedar ianya adalah dari kesilapan dirinya sendiri.

Namun, apabila diajukan soalan bertalu-talu Zul akhirnya membuka mulut menceritakan sendiri “aksi prono” yang berlaku antara dirinya dan Siti Hariesa.

“Dengan hati yang terbuka, saya mengambil maklum diatas semua respons dari banyak pihak berkenaan klip video yang dipaparkan minggu lalu”.

“Saya memohon maaf kepada semua yang terkesan dari tindakan memuat naik video berkenaan. Selepas ini saya akan lebih berhati-hati untuk memuat naik sebarang bahan yang diberikan kepada saya untuk dipromosikan di media sosial.”.

Siti Hariesa menyuapkan ‘whipped cream’ ke dalam mulut Zul

Kontroversi terus melanda Zul Ariffin apabila beliau memuat naik video babak panas lakonannya bersama Siti Hariesa dalam drama terbaru berjudul ‘Perempuan Itu’ di Instagram miliknya.

Video tersebut memaparkan beberapa adegan panas dan mengghairahkan apabila Zul merangkul badan dan mendukung Siti Hariesa dari arah hadapan.

Adegan panas yang lain juga dipertontonkan apabila Siti Hariesa menyuapkan ‘whipped cream’ ke dalam mulut Zul sebelum dia menghabiskannya.

Zul merangkul badan dan mendukung Siti Hariesa dari arah hadapan

Riaksi netizen bercampur baur apabila kedua-dua pelakon itu adalah beragama Islam dan tidak mempunyai hubungan perkahwinan.

Tindakan pelakon berusia 35 tahun itu juga diluas batasan agama dan ia sangat keterlaluan.

“Makin banyak la kes rogol selepas ini. Dah macam filem lucah”.

“Siapalah yang buat cerita macam ini, tak sesuai dengan kita orang Islam”.

BACA JUGA:

Zul Ariffin dukung Siti Hariesa, jangan ambil mudah soal agama – Faiz Fadzil

Dia yang pilih “babak sedap” walhal boleh tolak, kata Awie mengenai babak panas Zul Ariffin

Ruhainies mohon semua maafkan Zul Ariffin

(Visited 82 times, 1 visits today)

COMMENTS