Zul Ariffin dukung Siti Hariesa, jangan ambil mudah soal agama - Faiz Fadzil
Zul Ariffin dukung Siti Hariesa, jangan ambil mudah soal agama – Faiz Fadzil

Zul Ariffin dukung Siti Hariesa, jangan ambil mudah soal agama – Faiz Fadzil

1. Saya ada terbaca kenyataan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) yang mengecam siasatan terhadap pelakon Zul Arifin di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia berhubung video salah satu adegan lucah dalam drama Perempuan Itu yang dimuat naik dalam media sosialnya.

2. Sesuatu karya walaupun perlu diberikan kebebasan, namun perlu mengambilkira batas-batas agama dan budaya. Orang Melayu di negara ini yang berpegang kuat dengan ajaran Islam amat sensitif dengan unsur-unsur maksiat sebegini. Lagipun, budaya Melayu yang penuh kesopanan tidak harus dipesongkan dengan budaya asing yang dilihat negatif. Mengambil kira masyarakat Malaysia yang majmuk, moral rakyat seluruh masyarakat perlu dipelihara supaya keharmonian terus dipupuk.

Adegan ghairah Zul Ariffin merangkul Siti Hariesa dalam drama “Perempuan Itu”

3. Walauapapun kebebasan yang diperjuangkan, Perkara 10 (1) dan (2) (a) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa kebebasan fikiran dan ekspresi tertakluk kepada undang-undang. Pihak autoriti digesa untuk menyiasat drama tersebut dan mengambil langkah sewajarnya termasuk menetapkan garis panduan standard supaya plot-plot seperti ini tidak lagi berulang.

4. Filem atau karya seni adalah satu wahana pendidikan yang berkesan dan oleh itu perlu diterapkan nilai-nilai moral dan visi yang boleh merangsang pemikiran rakyat terutama anakmuda untuk memastikan kemajuan negara dapat dibina tanpa memprejudiskan asas moral.

Faiz Fadzil
23 Mac 2022

BACA JUGA:

Dia yang pilih “babak sedap” walhal boleh tolak, kata Awie mengenai babak panas Zul Ariffin

Ruhainies mohon semua maafkan Zul Ariffin

ZUL ARIFFIN MOHON MAAF DIATAS KESILAPAN BERKONGSI VIDEO BABAK PANAS

Fesyen “badut” Datuk Seri Vida dalam video muzik dikecam netizen

(Visited 125 times, 2 visits today)

COMMENTS